Langkau ke kandungan utama

Catatan

PAGE FACEBOOK OFFICIAL BLOG I-KANLAGA

Setelah sekian lama, admin baru boleh buat page facebook untuk ikan laga. Bagi para pencinta ikan laga sekalian, anda dijemput singgah-singgah page i-kanlaga. Admin akan cuba kongsi isu isu terbaru dan tips tips dalam penjagaan ikan laga. InshaAllah admin akan cuba untuk aktif bagi memberi bantuan untuk korang dalam menangani masalah ikan laga.
Klik disini untuk LIKE page rasmi --> I-kanlaga ...

Admin juga memohon maaf kerana tidak mampu menjawab segala persoalan yang dituju dek busy boleh dikatakan terlajak jugaklah. Tapi korang boleh je pergi ke KLIK SINIuntuk meninjau soalan-soalan. Mungkin kemusykilan korang ada jugak kt situ, kalau kronik sangat boleh pm admin kt facebook ye, InsyaAllah admin cuba tolong. Terima kasih banyak diucapkan buat bro2 dan sis2 yang sudi menyinggah di blog tak seberapa ni.
Catatan terbaharu

Manfaat daun ketapang untuk ikan laga

Ketapang?

Pokok ketapang ni memang tak asing kat Malaysia, pokok ni hampir ada kt mana-mana ja, mungkin korang tak perasan. Orang dulu-dulu guna pokok ni sebagai tempat berteduh sebab dia punya daun boleh tahan lebar juga. Nama botani atau nama ala-ala saintifik untuk pokok dipanggil Millania Catappa, boleh cuba search wikipedia kalau ragu-ragu dengan admin acecece. Khasiat dia banyak kt mana? Well, untuk ikan nie admin nak bagi batang dia pun tak tergamak besar bapa kot. Ambil daun je ye. Omputeh panggil daun ni Indian Almond Leaves, dorang pun guna daun nin jugak do bukan malaysia je. Tapi alhamdulillah kt Malaysia nak dapat daun ni senang, kalau sana mau kena pos-pos beli negara seberang sana. So syukur dipanjat disitu.

Pokok ketapang adalah sejenis tumbuhan yg tak asing lagi di Malaysia dan juga rendang kerana daunnya yang agak lebar. Dulunya pokok ini dijadikan sebagai tempat berteduh oleh kebanyakan orangpetani kerana daunnya yang lebar dan rendang. Nama botani bagi pokok ketapang…

Cara buat microworm

Microworm adalah ulat yg bersaiz seni(kecil yang teramat) dan sesuai untuk anak ikan yang baru menetas dan memang cukup sesuai sebagai makanan pertama anak ikan laga. Walaupun namanya Microworm. Mereka bukan betul-betul cacing/ulat. Microworm adalah nematod. Sesetengah nematod adalah makanan terbaik untuk ikan dan sesetengah nematod lain adalah parasit yang boleh memburukkan kesihatan ikan. Sesetengah penternak ikan akan menghasilkan microworm sebagai makanan ikan mereka. Microworm makan makanan yang berkanji seperti Oatmeal,tepung dan seumpamanya. Jadi nematod nie memang dijamin selamat untuk ikan anda dan boleh dimasukkan kedalam akuarium tanpa menjejaskan kesihatan ikan anda.
Microworm Starter *xdok nie, nok mari celoh mno microworm nyor, uk aloh  Bekas kecil *bebas bekas apa2 pon, asalkan berpenutup*Oatmeal *Roti pon boleh*Serbuk Yis *sebagai mknan utk microworm*Sedikit airSedikit kapas atau yang seakan dengannyaCara hasilkan microworm *utk saiz cawan plastik
Campurkan 1 setengah su…

Cara Penjagaan Ikan Laga Untuk Penternak Baru

Mukaddimah 
Habitat asal bagi ikan laga @ karem dulunya di sawah. Kawasan air yang cetek,luas,keruh dan terbuka. Antara tips untuk mengekalkan kesejahteraan ikan laga, adalah dengan mengekalkan habitat asalnya. Bukan sepenuh nya, tetapi dengan elemen-elemen yang seakan-seakan seperti penggunaan daun ketapang, tumbuhan hidup, pemanas air dan lain-lain. 

Habitat Semulajadi ?

#Kucing lahir terus hisap puting susu. Sapa ajarkan? haa, tu lh org pgil smulajadi.. erti kata lain fitrah.. tidak dilahirkan dengan ilmu, tapi dah tahu.. mcm ikan laga jgk, dia pn ada kehidupan semulajadinya sblum dibiak dengan suasana moden, dah wujud dalam darah tak boleh dipisahkan..



Sorry lari topik, terlajak.. ki3

1. PENYEDIAAN AKUARIUM

Okey pertama korang kena cari bekas/balang ataupun akuarium untuk ikan korang.

Untuk penyediaan balang, standard atau kebiasaan orang guna bersaiz 6x8 inci atau 4x8 inci macam gambar kat atas tu. Mitos orang cakap, ikan laga kena letak dalam bekas kecil, mangkuk hayun kecil. Takk, ika…

PENJAGAAN TELUR DAN ANAK IKAN